POJ

Dasar privasi

DASAR PRIVASI APLIKASI MUDAH ALIH PERPUSTAKAAN PEJABAT KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA (PKPMP)

PRIVASI
 

Aplikasi Mudah Alih Perpustakaan Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia (PKPMP) iaitu Mobile App Library Kehakiman (M@LiK) (selepas ini dirujuk sebagai “Aplikasi”) adalah aplikasi yang dibangunkan untuk warga Kehakiman (selepas ini dirujuk sebagai “Pengguna”) bagi memudahkan capaian kepada perkhidmatan dalam talian (online) yang ditawarkan oleh Perpustakaan PKPMP kepada pengguna dengan menggunakan telefon pintar. Aplikasi ini boleh dimuat turun di Google Play Store dan Apple App Store. Kerajaan memastikan bahawa maklumat peribadi yang dikumpulkan adalah selari dengan peruntukan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709).

 

MAKLUMAT PERIBADI

Aplikasi ini tidak akan merekodkan data peribadi pengguna kecuali dengan kebenaran dan diberikan secara sukarela oleh pengguna. Maklumat ini tidak dikongsi dengan organisasi lain bagi tujuan lain kecuali dinyatakan secara khusus.


MAKLUMAT YANG DIKUMPUL

  1. Aplikasi ini mengumpulkan data yang dikemukakan atas persetujuan pengguna dan dilakukan secara sukarela melalui proses pendaftaran aplikasi untuk capaian ke sistem aplikasi.
  2. Data peribadi yang dikumpul adalah seperti berikut ;
    1. eMel rasmi Jabatan (username)
    2. Kata laluan eMel rasmi Jabatan (password)

Data peribadi yang dikumpul tidak akan digunakan untuk apa-apa tujuan selain daripada yang disebutkan di atas.

  1. Data peribadi yang dikumpulkan tidak akan didedahkan kepada mana-mana pihak ketiga atau dipindahkan ke tempat di luar Malaysia untuk tujuan komersil.


KESAN JIKA DATA PERIBADI TIDAK DIBENARKAN

Sekiranya data peribadi yang dibekalkan tidak mencukupi ataupun tidak memuaskan, maka permohonan atau permintaan pengguna untuk sebarang tujuan di atas tidak diterima atau diambil tindakan atau penggunaan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Aplikasi mungkin ditolak atau terjejas.


KERAHSIAAN

Data peribadi yang dikumpul oleh Aplikasi akan disimpan dengan sulit menurut Dasar Privasi ini selaras dengan sebarang undang-undang yang berkenaan yang mungkin berkuat kuasa dari semasa ke semasa.

KESELAMATAN DATA

Aplikasi ini menerapkan ciri keselamatan yang mematuhi piawaian global untuk melindungi kerahsiaan dan keselamatan maklumat pengguna.


PERUBAHAN KEPADA DASAR PRIVASI

Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan tersebut akan dikemas kini di halaman ini. Untuk pertanyaan lain, sila e-mel kepada library.ik@kehakiman.gov.my

 

Published on 27/03/2024 12:00 AM • Show all news
Log in to your account:



Sudut Berita

Terkini!

Perpustakaan PKPMP menyediakan perkhidmatan terbaru iaitu akses kepada koleksi 354 judul e-book perundangan yang merangkumi 160 judul terbitan Thomson Reuters (Sweet Maxwell) dan 190 judul terbitan Lexis Nexis mulai 4 Ogos 2020

Visitor Statistics » Online: 1 | » Today: 1 | » Yesterday: 12 | » Week: 45 | » Month: 129 | » Year: 478 | » Total: 11890

Powered by Lemonjar Software Media | Edge Tech Engineering